LABU SAYONG adalah sejenis labu yang digunakan untuk menyimpan air minum. Ianya mampu menyejukkan air, dan dikatakan menurut fahaman orang dahulu, air yang disimpan dalam labu ini boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit jika diamalkan meminumnya secara berterusan.
Terdapat dua jenis bentuk tradisional yang popular iaitu labu bentuk gelugur dan bentuk panai. Namun perkembangan masa telah menjadikan bentuk Labu Sayong bertambah dari masa ke masa.